Skip to content
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
blog.azwan082.my


Blog ini tidak lagi dikemaskini, sila ke
πŸ‘‰ azwan082.my πŸ‘ˆ
untuk dapatkan kandungan terbaru.

#Akuaponik

Apa itu CHOP dan CHIFT PIST dalam aquaponics?

On 12 April 2019 in Agro

CHOP? CHIFT PIST? APEKEBENDALAHTU?

Dalam set aquaponics yang saya buat sebelum ini, kesemuanya menggunakan kaedah pam air di dalam tangki ikan. Untuk sistem yang mempunyai sedikit ikan, kaedah ini tidak ada banyak masalah. Tapi apabila sistem itu dikembangkan untuk skala komersial, kaedah tersebut menjadi kurang sesuai, lebih-lebih lagi pam air yang akan selalu tersumbat dengan sisa pepejal daripada tangki ikan.

Dengan itu, kaedah CHOP ataupun CHIFT PIST digunapakai. CHOP adalah kependekan kepada Constant Height One Pump (ketinggian malar, satu pam), manakala CHIFT PIST pula ialah Constant Height In Fish Tank, Pump In Sump Tank (ketinggian malar dalam tangki ikan, pam dalam tangki takungan).

Kedua-duanya adalah kaedah yang lebih kurang sama, iaitu dengan meletakkan pam air di dalam tangki takungan (sump tank), manakala tangki ikan dibersihkan menggunakan kaedah SLO (solid lifting outlet atau paip keluar mengangkat pepejal), yang tidak mudah tersumbat berbanding pam air.

Menurut nama kaedah tersebut, aras kedalaman air tangki ikan adalah tetap, walaupun ketika berlaku kebocoran (pada paip lain dalam sistem) atau kegagalan pam air. Berlainan dengan jika pam air diletakkan di dalam tangki ikan, jika berlaku kebocoran, tangki ikan berisiko untuk kehilangan air hingga kering.

β‘  – Bagi bersedia untuk operasi komersial, saya mengubah susun atur sistem aquaponics ini dengan mengaplikasi kaedah CHOP/CHIFT PIST. Air dari tangki ikan akan mengalir ke dalam tangki penapis aliran jejari (radial flow filter), kemudian ke tangki penapis bio, seterusnya ke tangki takungan.

β‘‘ – Sambungan dari tangki penapis bio (bio filter) ke tangki takungan (sump tank). Tangki takungan ini diperbuat daripada tong 55 gelen untuk simpanan makanan. Sebaiknya gunakan tong yang baru atau kalau beli yang terpakai, pastikan ia tidak digunakan untuk menyimpan bahan kimia, kerana sisa kimia akan memberi kesan tidak diingini kepada ikan dan tanaman.

Pam air akan diletakkan di dalam tangki takungan, yang mengalirkan air kembali ke tangki ikan, dan satu aliran akan ditambah ke komponen hidroponik. Kali ini saya memilih untuk menggunakan kaedah NFT (nutrient film technique atau teknik filem nutrien).

β‘’ – Kelainan yang saya buat daripada kaedah CHOP/CHIFT PIST yang piawai ialah saya menyambung saluran dari pancur atap ke dalam satu tong yang bertindak sebagai penapis – kotoran akan mendap ke dasar tangki, dan air yang lebih bersih akan melimpah masuk ke dalam tangki takungan untuk menambah kuantiti air dalam sistem. Walau bagaimanapun, ini hanya pemasangan sementara, dan saya mungkin akan menukarnya pada masa akan datang.

β‘£ – Ini berita buruk. Kesemua ikan emas shubunkin telah mati semasa saya mengubah suai susun atur sistem aquaponics ini. Besar kemungkinan kerana cuaca panas – saya menukar air menggunakan air paip yang barangkali mengandungi klorin yang tinggi ataupun suhunya tinggi. Akan tetapi, ini juga berita baik kerana ia memberi ruang kepada saya untuk fokus kepada penternakan tilapia.

Ubah suai ini sebenarnya telah pun siap dua ke tiga minggu lalu, namun disebabkan cuaca yang jarang hujan, tangki ikan masih lagi belum penuh 🐟.

Facebook

Pin this image:

Share this post:
  • Share
  • Tweet
  • LinkedIn

Related posts:

  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Plumbing the aquaponics units together
  • Aquaponics build materials & water test kits
  • Building radial flow filter
  • Aquaponics germination update September 2018
  • Penutup tangki ikan
  • Aquaponics germination station
  • Aquaponics book & build materials
  • Pindah ikan dalam tangki aquaponics
  • Floating raft

Filed under Agro with tags Akuaponik

Post navigation

Previous Post Previous post:
Gambar dekat sambungan kayu rangka dinding
Next Post Next post:
Clean up challenge & update reban ayam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media sosial

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • pinterest
  • youtube

Carian

Artikel popular

  • Saiz standard kayu, papan dan plywood
  • Pemasangan dinding plywood rumah kampung secara solo
  • 3 Jenis Asas Sistem Hidroponik Yang Digunakan Dalam Akuaponik Serta Variasinya
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik
  • Cara pasang pintu rumah
  • Jenis skru kayu
  • Slack MacOS client keep crashing

Artikel terkini

  • 2 video #emau dari 2020/0221 February 2020
  • Gaya hidup minimalis14 February 2020
  • How to sync Mac OS Photos Library to an external disk storage17 January 2020
  • Sejarah dividen KWSP10 January 2020
  • Sejarah dividen Tabung Haji10 January 2020
  • Sejarah dividen ASB10 January 2020
  • Selamat dekad baru 2020-an3 January 2020
  • Dashcam Drive #17 – Taman Danu Serian β†’ Ranchan Recreational Park1 January 2020

Tag

1N2D Akuaponik Android Apache Ayam Kampung Bash C# Cache Cili CommonJS Controller Dashcam Drive E-mau Fedora Fotografi Git Gnome Happy Together Hidroponik Idea Invincible Youth iOS Java Javascript Ke Indonesia Ke Kita? Ke Jepun Ke Kita? Ke Korea Ke Kita? Kewangan ListView Makanan Mr. Bean PHP Python Rant Roundtable Plus RPM Rumah Kampung Star Golden Bell Subversion SVN Titanium Mobile Titanium Module Titanium Studio windows phone WrestleMania

Arkib

Perihal

@azwan082

Seorang pembangun perisian (software developer) untuk peranti mudah alih (mobile devices) dan laman web, menggunakan bahasa pengaturcaraan Swift (iOS), Java (Android), PHP, MySQL dan Javascript (aplikasi web). Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi perkara, minat dan projek sampingan, seperti berkebun, kerjaΒ² kayu DIY, video dashcam drive dan pelbagai lagi.

© 2021 Noodlecode

Back to top
sponsored