Skip to content
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
blog.azwan082.my


Blog ini tidak lagi dikemaskini, sila ke
👉 azwan082.my 👈
untuk dapatkan kandungan terbaru.

#E-mau

Makanan kucing komersial penyebab kucing sakit?

On 21 June 2019 in Pelbagai

Waktu kecil² dulu di Gedong, kami memelihara banyak kucing dan memberi mereka makan apa yang kami makan, seperti isi & tulang ikan atau ayam, dicampur dengan nasi.

Selalunya kami beri makan ikan kembung rebus – ikan² di kedai yang dah lama tak terjual, kami beli murah banyak². Ikan² kemudian direbus, dan digaul bersama nasi. Air rebusan juga dicampur dalam nasi, membuatkan kucing² menghabiskan semua makanan yang diberi.

Lepas mereka makan, mereka akan duduk menjilat² bulu, dan bulu mereka akan menjadi licin & berkilat. Cuma jangan bubuh garam dalam makanan yang diberi, nanti bulu mereka luruh.

Kucing² kami waktu itu tidak diberi makan makanan komersial seperti Whiskas, satu jenama yang sinonim dengan makanan kucing (sama seperti kita menyebut Milo untuk semua minuman coklat dan Colgate untuk semua ubat gigi). Dan pada pemerhatian saya, kesemuanya sihat² belaka.

Sekarang kebanyakan kucing diberi makanan komersial yang ada pelbagai jenama dan perisa. Tapi saya lihat kucing² ini tidak sesihat dulu. Banyak juga jadi seperti ‘kucing malas’, hanya duduk di sekitar rumah dan kurang bermain.

Banyak juga kucing menjadi gemuk apabila diberi makanan diproses ini. Mungkin makanan tersebut mengandungi karbohidrat atau gula berlebihan, atau pewarna atau perisa tiruan yang memudaratkan kucing.

Kucing² kami mudah dijangkit penyakit selesema dan hidung berhingus. Walaupun sudah dirujuk ke klinik haiwan, diberi ubat dan vaksin, tapi masih juga kucing² kami sakit dan mati disebabkan penyakit selesema tersebut.

Kami selalu sebut makanan komersial kucing ini sebagai ‘keropok kucing’, kerana ia makanan diproses dalam bentuk kering. Jenis makanan kucing basah pula memang tak nampak macam keropok, tapi ia juga makanan diproses.

Jika kita manusia setiap hari makan jajan dan jeruk, sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan. Begitu juga dengan kucing.

Kalau ada pembaca yang merupakan doktor haiwan atau berpengetahuan berkenaan topik ini, boleh kongsikan di sini untuk kebaikan pencinta kucing yang lain.

—

Ikuti Instagram dan Facebook saya untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru blog ini.

Share this post:
  • Share
  • Tweet
  • LinkedIn

Related posts:

  • 2 video #emau dari 2020/02
  • Reaksi Belanjawan 2020
  • E-mau
  • E-mau vs kolok
  • Sketsa Raya E-mau 1440H

Filed under Pelbagai with tags E-mau

Post navigation

Previous Post Previous post:
Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
Next Post Next post:
Pemasangan pagar reban ayam kampung

1 comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media sosial

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • pinterest
  • youtube

Carian

Artikel popular

  • Saiz standard kayu, papan dan plywood
  • Pemasangan dinding plywood rumah kampung secara solo
  • 3 Jenis Asas Sistem Hidroponik Yang Digunakan Dalam Akuaponik Serta Variasinya
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik
  • Cara pasang pintu rumah
  • Jenis skru kayu
  • Slack MacOS client keep crashing

Artikel terkini

  • 2 video #emau dari 2020/0221 February 2020
  • Gaya hidup minimalis14 February 2020
  • How to sync Mac OS Photos Library to an external disk storage17 January 2020
  • Sejarah dividen KWSP10 January 2020
  • Sejarah dividen Tabung Haji10 January 2020
  • Sejarah dividen ASB10 January 2020
  • Selamat dekad baru 2020-an3 January 2020
  • Dashcam Drive #17 – Taman Danu Serian → Ranchan Recreational Park1 January 2020

Tag

1N2D Akuaponik Android Apache Ayam Kampung Bash C# Cache Cili CommonJS Controller Dashcam Drive E-mau Fedora Fotografi Git Gnome Happy Together Hidroponik Idea Invincible Youth iOS Java Javascript Ke Indonesia Ke Kita? Ke Jepun Ke Kita? Ke Korea Ke Kita? Kewangan ListView Makanan Mr. Bean PHP Python Rant Roundtable Plus RPM Rumah Kampung Star Golden Bell Subversion SVN Titanium Mobile Titanium Module Titanium Studio windows phone WrestleMania

Arkib

Perihal

@azwan082

Seorang pembangun perisian (software developer) untuk peranti mudah alih (mobile devices) dan laman web, menggunakan bahasa pengaturcaraan Swift (iOS), Java (Android), PHP, MySQL dan Javascript (aplikasi web). Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi perkara, minat dan projek sampingan, seperti berkebun, kerja² kayu DIY, video dashcam drive dan pelbagai lagi.

© 2021 Noodlecode

Back to top
sponsored