Skip to content
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
blog.azwan082.my


Blog ini tidak lagi dikemaskini, sila ke
πŸ‘‰ azwan082.my πŸ‘ˆ
untuk dapatkan kandungan terbaru.

Teknik semai benih sayuran

On 26 July 2019 in Agro

Sebelum ini saya dah cuba beberapa cara untuk menyemai benih sayuran daun hijau, antaranya menyemai dalam dulang semaian (seedling tray) menggunakan tanah campur, menyemai menggunakan span yang dipotong kiub 1”, ataupun menabur terus ke dalam kotak tanaman.

Menyemai dalam dulang semaian menggunakan tanah campur sebagai media semaian adalah cara paling biasa digunakan, tapi ketika mahu memindah tumbuhan ke kotak tanaman atau batas, media semaian tidak dapat digunakan semula, ia ditanam sekali ke tanah.

Semaian menggunakan span, semasa memindahkan tumbuhan ke tanah, akar pokok akan putus semasa dikeluarkan daripada span. Jika tidak mahu mengeluarkannya daripada span, kena tanam dengan kiub span itu sekali, dan span itu tidak dapat digunakan lagi.

Menabur terus ke atas tanah pula lain cabarannya. Kelembapan tanah mesti dikekalkan, dan jika terlupa untuk menyiram walaupun sehari, tanaman akan jadi kering dan mati. Dan apabila tanah menjadi kering, kotak tanaman kami akan jadi tempat burung pipit main tanah.

β‘  – Ini cara terbaru yang saya cuba. Dulang semaian diisi dengan hidroton, diletakkan dalam dulang but kereta (car boot tray), kemudian diisi dengan air. Boot tray ini adalah yang saya gunakan untuk set akuaponik dalam rumah sebelum ini, jadi ia telah ditebuk lubang untuk menetapkan kedalaman air yang ditakung. Sebaiknya paras air dalam boot tray adalah suku atau setengah daripada kedalaman tray tersebut.

Benih tumbuhan pula ditabur sahaja ke atas hidroton. Lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan tanah campuran ataupun span, di mana biji benih kena dimasukkan satu persatu ke dalam setiap lubang semaian.

Dalam 2 ke 3 hari pertama, hidroton dan dulang semaian mesti disembur dengan air supaya benih mendapat kelembapan untuk bercambah. Apabila benih sudah mempunyai akar yang menyentuh air dalam boot tray, tidak perlu lagi disiram, dan dengan itu memudahkan lagi kerja, terlupa menyiram pun tak apa 😁.

Jika dilihat dalam gambar di atas, ini adalah selepas 2 minggu benih disemai, anak benih di dalam dulang semaian yang kecil (bahagian atas) adalah bong kim pak (sayur salad kampung ataupun lettuce). Di bawah, sayur yang masih kecil pula adalah choy sum (sawi hijau).

β‘‘ – Sayur salad telah pun saya pindah ke kotak tanaman semasa umur tanaman 14 hari. Gambar ini pula adalah selepas 18 hari, dapat dilihat daun anak choy sum sudah mula membesar, dan sesuai untuk dipindahkan ke tanah.

Saya dapati sayur salad tumbuh dengan lebih cepat berbanding sawi. Ada kemungkinan benih choy sum ini sudah lama atau rendah kualitinya kerana setelah dua minggu disemai, kebanyakkan anak sayur daunnya masih lagi kecil, hanya memiliki daun kotiledon (daun dari dalam biji benih) dan belum lagi tumbuh daun sebenar.

Tips: Hanya pindah anak sayur yang sudah mempunyai daun sebenar dan bersaiz besar, anak sayur yang bersaiz kecil berkemungkinan akan mati selepas dipindah ke tanah.

β‘’ – Ini kotak tanaman sayuran kami, diisi dengan campuran tanah merah (top soil), tanah hitam (gambut) dan pasir dengan kadar lebih kurang 2:2:1.

Dengan menyemai menggunakan hidroton dalam air, anak sayur mudah untuk dipindahkan ke tanah. Akar tanaman tidak mudah rosak semasa dikeluarkan daripada hidroton dan hidroton dapat digunakan semula. Kelebihan ini yang saya mahukan dalam mempraktikkan teknik ini.

Baja yang saya gunakan ialah baja cecair yang diperbuat daripada baja butir NPK tapi saya tidak ingat berapa nisbah NPKnya. Cara membuat baja ini akan saya kongsi pada masa akan datang, buat masa sekarang saya masih lagi mengkaji keberkesanan teknik membuat baja cecair seperti ini.

β‘£ – Benih bong kim pak, kalau tak silap saya beli benih ini sama ada di Samarahan atau Asajaya. Pada mulanya saya cuba Google macam mana rupa sayur bong kim pak, tapi langsung tiada hasil, yang paling dekat adalah β€˜bong kim pek’, mungkin sayur yang sama cuma sebutan berbeza, entahlah tak pasti jugak, saya tak tau sakap sina πŸ˜….

β€”

Ikuti Instagram dan Facebook untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru blog ini.

Pin this image:

Share this post:
  • Share
  • Tweet
  • LinkedIn

Related posts:

  • Tanaman cili padi β€” pindah ke polibag
  • Aquaponics set design & plan
  • Raised garden beds
  • Larutan nutrien hidroponik DIY
  • Plumbing the aquaponics units together
  • Building chicken coop – week 1
  • Tanaman cili padi β€” semaian
  • Building chicken coop – week 2
  • Definisi sayuran organik
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik

Filed under Agro

Post navigation

Previous Post Previous post:
Sedikit kemaskini pagar reban ayam kampung
Next Post Next post:
Dashcam Drive #4 – Sematan β†’ Telok Melano

1 comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media sosial

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • pinterest
  • youtube

Carian

Artikel popular

  • Saiz standard kayu, papan dan plywood
  • Pemasangan dinding plywood rumah kampung secara solo
  • 3 Jenis Asas Sistem Hidroponik Yang Digunakan Dalam Akuaponik Serta Variasinya
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Cara pasang pintu rumah
  • Jenis skru kayu
  • Pemasangan pagar reban ayam kampung

Artikel terkini

  • 2 video #emau dari 2020/0221 February 2020
  • Gaya hidup minimalis14 February 2020
  • How to sync Mac OS Photos Library to an external disk storage17 January 2020
  • Sejarah dividen KWSP10 January 2020
  • Sejarah dividen Tabung Haji10 January 2020
  • Sejarah dividen ASB10 January 2020
  • Selamat dekad baru 2020-an3 January 2020
  • Dashcam Drive #17 – Taman Danu Serian β†’ Ranchan Recreational Park1 January 2020

Tag

1N2D Akuaponik Android Apache Ayam Kampung Bash C# Cache Cili CommonJS Controller Dashcam Drive E-mau Fedora Fotografi Git Gnome Happy Together Hidroponik Idea Invincible Youth iOS Java Javascript Ke Indonesia Ke Kita? Ke Jepun Ke Kita? Ke Korea Ke Kita? Kewangan ListView Makanan Mr. Bean PHP Python Rant Roundtable Plus RPM Rumah Kampung Star Golden Bell Subversion SVN Titanium Mobile Titanium Module Titanium Studio windows phone WrestleMania

Arkib

Perihal

@azwan082

Seorang pembangun perisian (software developer) untuk peranti mudah alih (mobile devices) dan laman web, menggunakan bahasa pengaturcaraan Swift (iOS), Java (Android), PHP, MySQL dan Javascript (aplikasi web). Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi perkara, minat dan projek sampingan, seperti berkebun, kerjaΒ² kayu DIY, video dashcam drive dan pelbagai lagi.

© 2021 blog.azwan082.my

Back to top
sponsored