Skip to content
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
blog.azwan082.my


Blog ini tidak lagi dikemaskini, sila ke
👉 azwan082.my 👈
untuk dapatkan kandungan terbaru.

#Hidroponik

Mengelak nyamuk & jentik² dalam hidroponik

On 15 November 2019 in Agro

Nyamuk membiak dengan cara bertelur di dalam air yang bertakung, bermaksud air yang tidak bergerak. Jika anda menggunakan kaedah hidroponik yang tidak melibatkan pam air seperti kaedah Kratky, besar kemungkinan nyamuk akan bertelur di dalamnya jika tidak ditutup dengan sempurna.

① – Ini penghujung paip NFT hidroponik saya, yang mana paip PVC ½” bersambung ke saluran ke tangki takungan. Di sini dapat dilihat air agak bertakung sedikit, tapi disebabkan air yang sentiasa mengalir, saya perhatikan tiada jentik² di dalam air.

Sistem NFT memerlukan air sentiasa mengalir untuk membekalkan air dan nutrien kepada tumbuhan. Jika pam berhenti berfungsi, kemungkinan tumbuhan akan mati kekurangan air. Air yang sentiasa mengalir inilah yang mengelakkan nyamuk daripada hinggap di permukaan air dan membolehkannya bertelur.

② – Ini pula tangki takungan (reservoir tank), dan nampak di sini saya menutup kesemua lubang tangki untuk mengelak nyamuk daripada sampai ke air. Air yang bertakung dalam tangki ini berkemungkinan tinggi membolehkan nyamuk hinggap dan bertelur, seterusnya menghasilkan jentik² dan nyamuk baru. Sebab itu ia mesti ditutup rapi.

Kalau anda lihat pada gambar set akuaponik yang lalu, gambar terkini ini agak berlainan, kerana saya telah alih tong² penapis untuk akuaponik. Tong² tersebut tidak digunakan dan masih lagi berisi air, jadi saya buka dan simpan di tempat lain untuk mengelak dari jadi tempat pembiakan nyamuk.

Tong di bahagian atas gambar, terdapat paip yang bersambung dari pancur atap, digunakan untuk mengumpul air hujan. Sebelum ini, paip limpahannya saya salurkan terus ke parit, tapi ia tidak ditutup dan menyebabkan banyak nyamuk membiak di dalam tong tersebut. Oleh itu saya ubah suai paip limpahan itu untuk mengalirkan air hujan ke dalam tangki besar di sebelah kiri. Susunan ini juga membolehkan kotoran dari bumbung ditapis dan mendap ke dasar tong tersebut, dan air hujan yang lebih bersih masuk ke dalam tangki. Air hujan yang dikumpul ini saya cadang untuk digunakan dalam sistem pengairan automatik tanaman cili akan datang.

③ – Kaedah semaian yang saya gunakan juga telah diubah. Sebelum ini saya gunakan dulang semaian (germination tray) yang diisi dengan hidroton, dan diletakkan di dalam dulang bonet (boot tray) ini. Cara tersebut menyebabkan banyak ruang permukaan air bertakung yang terdedah, menyebabkan banyak jentik² terhasil.

Bagi mengurangkan permukaan air yang terdedah, saya isi terus hidroton ke dalam dulang bonet. Apabila diisi air, paras air adalah di bawah paras hidroton, dan nyamuk sukar untuk hinggap di permukaan air tersebut untuk bertelur.

Walau bagaimanapun, setelah membuat pemerhatian selama beberapa minggu, nyamuk masih mampu untuk bertelur di dalam dulang bonet semaian ini. Oleh itu, akan datang saya mungkin akan buat penutup yang diperbuat daripada jaring penghalang nyamuk (mosquito netting), kiranya jadi macam kelambu untuk dulang ini.

—

Antara cara lain untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dalam set hidroponik ialah dengan menggunakan racun jentik² seperti BASF Abate. Tapi saya belum pernah menggunakan racun ini dan belum tahu lagi keberkesanan atau jika ada kesan sampingan pada tanaman, tapi saya tahu ia pernah digunakan oleh penanam hidroponik lain yang saya pernah baca postnya di Facebook.

—

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan hidroponik dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Share this post:
  • Share
  • Tweet
  • LinkedIn

Related posts:

  • Menuai sawi hidroponik
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Struktur & rangka
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Sambungan kembali ke tangki takungan
  • Pelarasan pH larutan nutrien hidroponik
  • Larutan nutrien hidroponik DIY
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Menukar set akuaponik kepada hidroponik
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saluran tanaman (channel)
  • 3 Jenis Asas Sistem Hidroponik Yang Digunakan Dalam Akuaponik Serta Variasinya
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik

Filed under Agro with tags Hidroponik

Post navigation

Previous Post Previous post:
Dashcam Drive #10 – Mydin Semariang → Mydin Petra Jaya
Next Post Next post:
Bangku kecil DIY

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media sosial

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • pinterest
  • youtube

Carian

Artikel popular

  • Saiz standard kayu, papan dan plywood
  • Pemasangan dinding plywood rumah kampung secara solo
  • 3 Jenis Asas Sistem Hidroponik Yang Digunakan Dalam Akuaponik Serta Variasinya
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Cara pasang pintu rumah
  • Jenis skru kayu
  • Slack MacOS client keep crashing

Artikel terkini

  • 2 video #emau dari 2020/0221 February 2020
  • Gaya hidup minimalis14 February 2020
  • How to sync Mac OS Photos Library to an external disk storage17 January 2020
  • Sejarah dividen KWSP10 January 2020
  • Sejarah dividen Tabung Haji10 January 2020
  • Sejarah dividen ASB10 January 2020
  • Selamat dekad baru 2020-an3 January 2020
  • Dashcam Drive #17 – Taman Danu Serian → Ranchan Recreational Park1 January 2020

Tag

1N2D Akuaponik Android Apache Ayam Kampung Bash C# Cache Cili CommonJS Controller Dashcam Drive E-mau Fedora Fotografi Git Gnome Happy Together Hidroponik Idea Invincible Youth iOS Java Javascript Ke Indonesia Ke Kita? Ke Jepun Ke Kita? Ke Korea Ke Kita? Kewangan ListView Makanan Mr. Bean PHP Python Rant Roundtable Plus RPM Rumah Kampung Star Golden Bell Subversion SVN Titanium Mobile Titanium Module Titanium Studio windows phone WrestleMania

Arkib

Perihal

@azwan082

Seorang pembangun perisian (software developer) untuk peranti mudah alih (mobile devices) dan laman web, menggunakan bahasa pengaturcaraan Swift (iOS), Java (Android), PHP, MySQL dan Javascript (aplikasi web). Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi perkara, minat dan projek sampingan, seperti berkebun, kerja² kayu DIY, video dashcam drive dan pelbagai lagi.

© 2021 Noodlecode

Back to top
sponsored