Skip to content
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
  • Home
  • Agro
    • Agro
    • Akuaponik
    • Hidroponik
    • Ayam Kampung
  • DIY
    • DIY
    • Rumah Kampung
  • Tech
    • Tech
    • Titanium Mobile
  • Media
    • Media
    • Downloads
    • Dashcam Drive
  • Misc
    • Pelbagai
    • Makanan
    • Fotografi
    • Idea
    • E-mau
blog.azwan082.my


Blog ini tidak lagi dikemaskini, sila ke
👉 azwan082.my 👈
untuk dapatkan kandungan terbaru.

#Cili  #Makanan

Cili padi dalam masakan

On 13 December 2019 in Agro

Cili padi yang ditanam di dalam polibeg di belakang rumah sewa telah mula menghasilkan buah cili selepas 4 bulan disemai. Kami telah menggunakannya dalam beberapa masakan yang saya akan tunjukkan di bawah.

â‘  – Cili padi hendaklah dituai semasa ia telah berwarna hijau tua seperti ini, supaya dapat disimpan dan digunakan kemudian. Jika dituai apabila telah berwarna merah, hendaklah digunakan terus, sebab kalau disimpan kemungkinan buah cili itu akan cepat menjadi licak atau lembut, berbanding dengan buah yang baru dituai yang lebih keras atau rangup, dan rasa pedasnya pun lebih kuat.

â‘¡ – Antara masakan yang kami buat menggunakan cili padi. Masakan makanan laut (seafood) sangat sesuai dengan cili padi sebab rasa pedasnya yang menghilangkan rasa hanyir sesetengah makanan laut.

Ini adalah sejenis kepah yang dipanggil suduk oleh orang Kuching. Pada bulan Disember ini, suduk banyak diperoleh di pantai Santubong dan Bako. Kami membeli suduk ini di pasar Kampung Buntal, yang berdekatan dengan Buntal Esplanade, salah satu tempat tumpuan pelancong di kawasan Santubong.

Isi suduk ini sungguh banyak, kalau makan isinya sekali suap, memang penuh mulut. Ambil masa sikit nak mengunyah kemudian menelan, dan juga akan cepat rasa kenyang, sebab isinya yang penuh.

â‘¢ – Ini pula sos atau sambal pencicah yang dibuat hanya menggunakan cili padi. Untuk membuat pencicah ini, caranya dengan mengenalpasti rasa² yang ingin dimasukkan bersama, kemudian cari bahan yang mewakili rasa tersebut.

Contohnya, untuk pencicah ini, saya mahu ia ada rasa pedas, masin, dan masam. Untuk rasa pedas, sudah tentu masukkan cili padi. Cili padi ini ditumbuk terlebih dahulu, biar bijinya hancur sedikit supaya rasa pedas itu keluar. Untuk rasa masin, saya gunakan kicap. Rasa masam pula saya gunakan buah limau nipis. Tapi air limau ada sedikit rasa manis limau, tak berapa mengena dengan selera, jadi saya gantikan dengan cuka.

Pencicah ini pun sesuai makan dengan makanan laut seperti suduk di atas.

â‘£ – Dan ini adalah kegemaran saya, omelette ataupun telur goreng, sebab ia senang dan cepat dibuat. Pukul beberapa biji telur, kemudian masukkan bahan² campuran lain seperti cili, sayur, bawang atau daun kucai, kemudian bubuh sedikit perasa seperti garam dan lada, dan goreng atas kuali (frying pan).

Protein daripada telur, vitamin dan serat daripada sayuran, ini adalah antara makanan lengkap yang paling mudah disediakan.

Cili padi vs geronong

Rasa pedas cili padi agak berbeza dengan cili geronong. Kalau cili padi, pedasnya menggigit lidah, tapi kesan pedas tidak lama, dan aroma pedas juga kurang. Cili geronong pula pedasnya sangat kuat dan lama kesannya pada lidah. Aroma pedasnya juga kuat, sehinggakan ada yang biasa makan pedas pun akan terdiam selepas merasa geronong 🔥.

—

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan penanaman cili padi dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Share this post:
  • Share
  • Tweet
  • LinkedIn

Related posts:

  • Chilli planting
  • Tanaman cili padi — kawasan tanaman
  • Resipi makaroni 5 minit (atau lebih)
  • Tanaman cili padi — pindah ke polibag
  • Merasai sos pedas paling popular di dunia, Sriracha
  • Merasai mac n cheese Prego
  • Resipi kentang goreng guna ketuhar
  • Tanaman cili padi — tuaian dan kawalan serangga
  • Tanaman cili padi — semaian
  • Chilli 2nd batch

Filed under Agro with tags Cili, Makanan

Post navigation

Previous Post Previous post:
Dashcam Drive #14 – Giant Petra Jaya → KFC Metrocity
Next Post Next post:
Dashcam Drive #15 – McDonald’s Metrocity → McDonald’s MJC Batu Kawa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media sosial

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • pinterest
  • youtube

Carian

Artikel popular

  • Saiz standard kayu, papan dan plywood
  • Pemasangan dinding plywood rumah kampung secara solo
  • 3 Jenis Asas Sistem Hidroponik Yang Digunakan Dalam Akuaponik Serta Variasinya
  • Kepincangan dalam menggunakan paip PVC sebagai saluran NFT hidroponik
  • Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik – Saliran masuk
  • Cara pasang pintu rumah
  • Jenis skru kayu
  • Slack MacOS client keep crashing

Artikel terkini

  • 2 video #emau dari 2020/0221 February 2020
  • Gaya hidup minimalis14 February 2020
  • How to sync Mac OS Photos Library to an external disk storage17 January 2020
  • Sejarah dividen KWSP10 January 2020
  • Sejarah dividen Tabung Haji10 January 2020
  • Sejarah dividen ASB10 January 2020
  • Selamat dekad baru 2020-an3 January 2020
  • Dashcam Drive #17 – Taman Danu Serian → Ranchan Recreational Park1 January 2020

Tag

1N2D Akuaponik Android Apache Ayam Kampung Bash C# Cache Cili CommonJS Controller Dashcam Drive E-mau Fedora Fotografi Git Gnome Happy Together Hidroponik Idea Invincible Youth iOS Java Javascript Ke Indonesia Ke Kita? Ke Jepun Ke Kita? Ke Korea Ke Kita? Kewangan ListView Makanan Mr. Bean PHP Python Rant Roundtable Plus RPM Rumah Kampung Star Golden Bell Subversion SVN Titanium Mobile Titanium Module Titanium Studio windows phone WrestleMania

Arkib

Perihal

@azwan082

Seorang pembangun perisian (software developer) untuk peranti mudah alih (mobile devices) dan laman web, menggunakan bahasa pengaturcaraan Swift (iOS), Java (Android), PHP, MySQL dan Javascript (aplikasi web). Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi perkara, minat dan projek sampingan, seperti berkebun, kerja² kayu DIY, video dashcam drive dan pelbagai lagi.

© 2021 Noodlecode

Back to top
sponsored